[ubuntu-my] Wiki ubuntu-my

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia at gmail.com
Sat Mar 21 13:39:18 GMT 2009


Saya minta rakan-rakan semua untuk melihat semula hasil dokumen makmal
Linux untuk sekolah ini.

Ia adalah usaha Khalid A. Al-Jufry. Orang lama Linux dan OSS. Fail ini
besar boleh muat turun disini

http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/education/manual-makmal-sekolah

Ia mengandungi sejarah linux, pilihan linux, penggunaan beberapa
aplikasi OSS seperti OOo, Desktop. Oleh kerana ini dokumen lama maka
ia perlu dikemas kini.

Yang penting. Ia dalam bahasa melayu dan perlu diteruskan.

>> 10. harap terima dgn ati terbuka.
>>
> memandangkan saudara JL sudah pun memulakan operasi menulis buku
> menerangkan penggunaan Open Office dan lain-lain, jadi saya fikir
> kalau saudara JL tidak keberatan, bolehkah kami menggunakan isi
> kandungan buku tersebut untuk dimuatkan di dalam wiki?
>
> Mengenai pembangunan wiki, ianya dibangunkan di atas permintaan ahli
> Ubuntu-my sendiri yang memikirkan ada baiknya ubuntu-my memiliki wiki
> sendiri bagi memudahkan pengumpulan tutorial dan himpunan segala
> dokumentasi di dalam Bahasa Malaysia.  Sebelum ini, kumpulan webmaster
> ubuntu-my tidak membangunkan wiki kerana memikirkan masa masih belum
> sesuai memandangkan setahun/beberapa tahun yang lepas, komuniti ini
> amat kecil sehingga hanya melibatkan beberapa individu sahaja yang
> benar-benar komited membangunkan komuniti ini.
>



More information about the Ubuntu-my mailing list