[ubuntu-my] Cadangan - Majalah Sumber Tebuka Malaysia
Muhd Syazwan Md Khusaini
jipang_menjerit at ubuntuseekers.com
Fri Jan 1 14:56:58 GMT 2010
Salam dan Salam Tahun Baru 2010M/1431H
Email ni cuma nak buka cadangan saja. Jadi saya mengharap komen dan
cadangan dari semua penerima thread ni.
Rasanya ni idea tahun baru rasanya. Baru beberapa jam tadi saya habis
baca majalah Full Circle #32 (boleh rujuk link disini
<http://fullcirclemagazine.org/issue-32/>
<http://fullcirclemagazine.org/issue-32/>). Jadi saya terfikir semula
mana hilangnya E-Maj yang pernah popular satu ketika dahulu. Biasalah,
kalau sorang je yang buat kadang-kadang susah nak maintain.
Jadi ini idea saya - buat satu majalah Sumber Terbuka untuk peminat OSS
di Malaysia. Saya bukan maksudkan sekadar E-Maj yang berbentuk digital
sahaja, tapi buat sebagai majalah berjilid - ada keluaran, ikut tempoh
tertentu dan artikel tentang review software, komen dan kolum-kolum
informasi sekitar aktiviti OSS dalam Malaysia, dan dibuat secara UMUM -
tak kesahlah anda ni nak menulis pasal Ubuntu, Firefox, Songketmail,
ADempiere, Python, Java, HowTo, dll, asalkan ia adalah OSS.
Ada beberapa perkara yang saya sudah tetapkan seperti:-
1. **Artikel** - **sesiapa bebas menghantar karya masing-masing** tetapi
haruslah menepati garis panduan standard penulisan. Pengarang juga
mungkin berpeluang mendapat token/royarti. artikel juga akan dipilih
mengikut kesesuaian keluaran, fakta menarik dan sebagainya.
2. **Harga majalah** - harga juga akan ditetapkan selepas saya kau tim
dengan orang cetak dan buat anggaran. harga termasuk dengan kos
penghantaran (seperti biasa, harga berbeza untuk pembaca semenanjung dan
sabah/sarawak).
3. **Stratergi jualan** - jualan akan dilakukan **secara online** dan dijual
**mengikut bilangan pesanan**. sebarang pujuk memujuk/rayu merayu sebab
tak dapat tidak dilayan kalau korang tak buat pesanan.
4. **Kolum penulis** - macam mana-mana majalah, ada la penulis tetap dalam
kolum masing-masing. jadi saya buka 3 kolum penulisan persendirian, satu
untuk **Redhuan D. Oon** dan satu untuk **Linux Malaysia**. Satu lagi,
siapa-siapa ada cadangan atau rasa dia nak kolum sendiri tu, sila
emailkan nama orang itu dan sebab "kenapa perlu dia dapat kolum sendiri"
ke jipang_menjerit at ubuntuseekers.com. setiap penulis dapat hak 1 muka
penuh untuk artikel mereka masing-masing.
Berikut beberapa perkara yang saya minta pandangan ramai:-
1.**Tajuk majalah** : sila cadangkan :)
2. **Bahasa Pilihan** : selepas bertanya dengan beberapa individu, saya
cadang menggunakan **sepenuhnya Bahasa Melayu** kerana l*ambakan majalah
jenis sama dalam Bahasa Inggeris di pasaran*. Sila bangkang jika perlu.
3. **Editorial** : ada yang berminat nak jadi orang belakang tadbir? (T&A
applied :p)
4. **Iklan** : perlu atau tidak?
5. **Bilangan muka surat** : 30 muka boleh? atau lebih?
Itu saja yang ada dalam kepala sekarang. Minta maaf kalau email ini
panjang sangat atau sukar untuk difahamkan. Harap dapat respon dari anda :)
--
Muhd Syazwan @ jipang_menjerit
blog.ubuntuseekers.com
jipang_menjerit at ubuntuseekers.com
One Online Radio
www.oneonline.cjb.net
me at oneonline.cjb.net
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20100101/d02420d0/attachment.htm
More information about the Ubuntu-my
mailing list