[ubuntu-my] Cadangan - Majalah Sumber Tebuka Malaysia

sir_ade sir.ade at gmail.com
Sat Jan 2 04:16:52 GMT 2010


aku rasa bawah rm10 susah skit la, sbb kalu nak include cd & lain2..yg
bahsa  dwi bahsa boleh tp better guna 1 bahsa sbb nnti keliru pembaca sbb
rojak sgt and  kalu  stick pd satu bahsa mcm english better maybe majalah tu
boleh dipasarkan luar dri malaysia. ini just pandangan aku, kalu x betul
maaf la..

2010/1/2 Mohamad Imran <imtym.aku at gmail.com>

> Pertama sekali tahniah sebab mengemukakan idea ni.
>
> Ko pernah beli tak majalah Linux For You?
> (http://www.lfymag.com/index.asp?id=13) Majalah tu dari India, (Harga
> dia kat Msia RM 19) Mungkin satu2nya majalah tentang FOSS yang berasal
> dari Asia (atau sekurang2nya rujukan buat benua kita ni ;-). Aku
> cadangkan kalau pasal layout kita boleh jadikan majalah tu sebagai
> model, tak kisah la dari segi kandungan ke, iklan ke, tapi bukan tiru
> bulat2. Harga mesti dalam lingkungan semua orang mampu milik. RM 10
> kebawah mungkin? Tajuk dan tagline, mesti gabungkan idealogi free
> software dan open source. Yelah, benda tu pun masih lagi kontroversi
> kan.. dan untuk membuatkan orang faham tentang ideologi2 tersebut.
> Dari segi bahasa, aku cadangkan dwibahasa. Kalau nak buat 100% BM pun
> mungkin akan menimbulkan kesukaran untuk memahami. Tapi buat cam kuota
> la, cam 70% untuk BM dan 30% untuk BI. Pastu yang penting kita boleh
> wujudkan satu geng yang boleh menguruskan tentang CD. Di sini
> maksudnya nanti kita sertakan sekali CD dan DVD distro2 dan perisian2
> FOSS. Pengiklanan aku rasa patut ada, sebab satunya kita boleh promosi
> syarikat2 yang menyediakan penyelesaian kepada FOSS kat Msia, kan dah
> ade peluang untuk kembangkan FOSS kat mereka2 yang memerlukannya...
> Dan menjana pendapatan untuk menampung kos2 pengurusan majalah
> sendiri. Dari segi editorial, rasanya aku tak layak lagi kot.. huhu..
> Haa.. Lagi satu kalau boleh kita boleh buat satu ruangan tentang
> lesen2 dalam FOSS, perbincangan, jenis2 lesen, baik buruk dsb. Dari
> segi jualan, mungkin boleh deal dengan toko2 buku terkemuka, MPH,
> Popular, dll untuk letak majalah kat tempat diorang. Kalau nak buat
> online, mungkin hanya 'orang2 kita' je yang tau..
>
> Setakat ni rasanya pandangan aku. Maaflah kalau sesetengah tu agak
> kelihatan tidak rasional sikit. Syukran.
>
> --
> Aku Tetap Aku™
>
> --
> Ubuntu-my mailing list
> Ubuntu-my at lists.ubuntu.com
> Modify settings or unsubscribe at:
> https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
>
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20100102/cdca2a9c/attachment-0001.htm 


More information about the Ubuntu-my mailing list