[ubuntu-my] Mesyuarat Bulanan Ubuntu Malaysia LoCo Team
MFauzilkamil Zainuddin
apogee at ubuntu.com
Wed Oct 26 11:31:37 UTC 2011
Salam Team,
Kita telah maju kehadapan. Terima kasih kepada saudara fenris dan
harisfazillah yang telah banyak berjasa kepada kesinambungan komuniti ini.
Terima kasih juga kepada ahli-ahli lain yang turut membantu walau saya tidak
sebutkan namanya.
Merujuk kepada panduan amalan terbaik LoCo Team [1], ada beberapa perkara
perlu kita perjelas dan tangani bersama.
a) Mesyuarat Bulanan
b) Laporan Bulanan
c) Meet-up
Bagi Mesyuarat Bulanan. Alhamdulillah, pada bulan Oktober, kita telah
berjaya mengadakan mesyuarat IRC yang mana anda boleh rujuk log meetbot[2]
untuk maklumat lanjut. Oleh itu, rancangan untuk mesyuarat November sudah
boleh kita jadualkan.
Oleh kerana buat masa ini, hanya beberapa kerat sahaja dalam komuniti ini
yang kelihatan aktif, saya berharap agar ahli komuniti yang merasakan
dirinya tiada tugas atau tidak tahu nak buat apa-apa supaya bersikap
pro-aktif untuk tampil menghulurkan bantuan bagi senarai tugas berikut:
- kemaskini wiki
- kemaskini laman web komuniti ubuntu Malaysia
- membantu menulis laporan.
- membantu dalam aktiviti komuniti ketika menyertai acara.
- merancang dan melaksana aktiviti-aktiviti baru komuniti ubuntu.
Saya sentiasa terbuka untuk membantu ahli-ahli baru untuk belajar
menambahkan sumbangan dan pengalaman dalam komuniti. Sila sertai mesyuarat
bulanan dan menawarkan diri anda untuk memberi sumbangan pada tahap
kemampuan anda.
Saya ingin mencadangkan agar, kita senaraikan semula ahli-ahli yang bertugas
dalam semua bahagian komuniti ini:
- Admin & Moderator Forum
- Admin & Moderator IRC
- Admin & Moderator Group Facebook
- Admin & Webmaster laman web komuniti
- Admin & Moderator wiki dan dokumentasi
- Kumpulan yang sedia untuk membantu dalam aktiviti & acara.
Mereka yang ingin menyertai kumpulan2 ini, wajib mendaftarkan diri di
Launchpad dan menandatangani CoC. Saya akan cuba membantu anda untuk
memperbaiki wiki anda agar dapat dicalonkan sebagai ubuntu member yang
seterusnya bagi yang belum menjadi official member. Bagi official member
pula, saya harap anda dapat menjadi mentor yang baik kepada ahli-ahli baru
agar dapat mengembangkan dan mengukuhkan komuniti ini.
1. https://wiki.ubuntu.com/LoCoCouncil/LoCoTeamsBestPracticesandGuidelines
2.
http://ubottu.com/meetingology/logs/ubuntu-my/2011/ubuntu-my.2011-10-01-15.02.moin.txt
--
Best Wishes,
M. Fauzilkamil Zainuddin (ApOgEE)
----------------------------------------------------
https://edge.launchpad.net/~apogee - ApOgEE on Launchpad
http://coderstalk.blogspot.com - Coder's Talk
http://artofapogee.blogspot.com - Art Of ApOgEE
----------------------------------------------------
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: <https://lists.ubuntu.com/archives/ubuntu-my/attachments/20111026/516efcce/attachment-0001.html>
More information about the Ubuntu-my
mailing list