[ubuntu-my] PELAWAAN UNTUK MENGHANTAR ARTIKEL KE BULETIN SOKONGAN PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN PTM (Buletin SPP) ONLINE
suzita
suzita at ptm.ukm.my
Wed Feb 6 07:56:07 UTC 2013
As salam / Selamat Sejahtera ,
Dimaklumkan Pejabat Timbalan Pengarah Sokongan Penyelidikan dan
Pendidikan Pusat Teknologi Maklumat ( SPP PTM ) UKM telah menerbitkan
secara online Buletin SPP dengan penerbitan pertama pada Januari 2013.
Sehubungan dengan itu, sukacita kami menjemput tuan/puan yang berada
dalam komuniti perisian sumber terbuka (Komuniti OSS untuk) menghantar
artikel ke Buletin tersebut.
Fokus buletin adalah artikel berkenaan technology update, ulasan
perisian serta perkakasan dan sebagainya yang berkait rapat dengan
tiga potfolio PTM iaitu Sokongan ICT kepada penyelidikan & pendidikan,
Infrastruktur ICT dan Pembangunan aplikasi.
Untuk menghantar artikel, penulis mestilah terlebih dahulu mendaftar
sebagai author dalam buletin ini melalui menu "REGISTER".
Artikel yang dihantar akan diteliti oleh sidang editor dan artikel yang
berkualiti akan diterbitkan secara online pada keluaran seterusnya.
Buletin akan diterbitkan secara online setiap bulan.
Menu Buletin SPP
Untuk mendaftar sebagai penulis artikel :
http://spaj.ukm.my/ptm/index.php/buletinspp/user/register
Untuk menghantar artikel :
http://spaj.ukm.my/ptm/index.php/buletinspp/login
Untuk membaca artikel :
http://spaj.ukm.my/ptm/index.php/buletinspp/issue/current
Untuk maklumat lanjut , tuan / puan boleh menghubungi En Azman Chik
melalui emel ( abc at ptm.ukm.my atau bkt at ptm.ukm.my ) atau di talian : 03
- 89217009 / 03-89216439
Sekian dan atas perhatian serta kesudian tuan/puan menghantar artikel ke
buletin ini didahului dengan ucapan terima kasih.
--
Suzita Awaluddin
Pusat Teknologi Maklumat UKM
Tel : 03-89216439
More information about the Ubuntu-my
mailing list